Assignment
Kolej Vokasional Semester 2 2014
Pelestarian
Alam Sekitar
PENGENALAN
Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan
sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan
ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi
pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk
meningkatkan taraf pembangunan Negara. Namun kita alpa tentang kesan terhadap
alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.
Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu
kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama
negara. Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan
pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar
yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatah”di telan mati emak di
luah mati bapa”.
Antara punca-punca yang boleh kita huraikan
sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang
disebabkan oleh faktor semulajadi. Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh
masyarakat. Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung
berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran ini boleh
mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
1. PENCEMARAN TANIH
Pencemaran
tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga
terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan
oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula
terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.
Bagi industri
air mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya ronga-ronga kosong
dibawah tanah dan ini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain itu sampah yang di
hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat
peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan
hidup.
Pencemaran ini
disebabkan oleh pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,
sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Selain itu, pembuangan sampah di merata
temoat juga menyumbangkan ke arah pencemaran ini berlaku. Di samping itu, pengguaan racun serangga
secara berlebihan juga menjadi salah satu punca pencemaran tanah ini berlaku.
2.
PENCEMARAN SUNGAI
Punca utama pencemaran air ialah bahan
buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah
sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan
kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah
menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen
yang terlarut di dalam air.
Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam
air yang menggugat kehidupan akuatik.Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca
pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk
memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.
Masalah timbul apabila cecair kimia yang
disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang
mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke
dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan
bahan agrokimia.
3.
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh
dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar.
Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang
mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita.
Pencemaran udara ini
menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya
tahap pencemaran dapat dikawal.Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk
perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industri kilang, penggunaan
arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan .
Selain dari
punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini
seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian
letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar
yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.
KESAN-KESAN
PENCEMRAN ALAM SEKITAR
1.
KESAN
PENCEMARAN TANIH
Kesan pencemran tanih telah menyebabkan
tanah yang dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan
kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Pengujian senjata nuklear di
negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Selain itu, tanah
bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh
manusia secara perlahan.
Kesan pembuangan
sampah merata-rata telah mengakibatkan tempat yang berlonggokan sampah itu akan
menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus.
Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap
kesihatan manusia.
Pencemaran alam
juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua
tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat
keindahan alam ini.
2.
KESAN
PENCEMARAN SUNGAI
Antara kesan pencemran sungai ialah kepupusan
hidupan akuatik di dalam sungai. Ini akan menjejaskan binatang
marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian makanan.
Selain itu juga tanpa disedari hal ini akan membunuh tumbuhan air seperti
rumpai dan pokok bakau. Seterusnya, spesis terancam akan semakin pupus jika
sungai tercemar sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu
masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan
makanan.
Selain
itu, sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti
berenang, berkayak dan memancing hilang fungsinya. Di samping itu juga,
persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan
fikiran dan diri. Seterusnya, sumber air bersih berkurangan.
Laporan
Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari
penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung
keperluan harian mereka. Hal ini kerana, penyebaran bakteria, virus dan parasit
melalui bahan buangan. Hal ini bakal menyebabkan penyakit seperti cirit-birit,
sakit perut dan keracunan makanan meningkat. Pada tahun 2005, WHO memperkirakan
sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih.
3.
KESAN
PENCEMARAN UDARA
Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti
menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam
keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan
gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni
sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia
dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru
terjejas.
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak
3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah
tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti
nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan
terancam akibat pencemaran udara di mana udara yang tercemar disedut dan
mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.
Kesan pencemaran
udara boleh menyebabkan penipisan
Lapisan Ozon. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat
penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan
lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi
manusia daripada sinaran terus pancaran matahari. Pendedahan secara terus
kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia.
LANGKAH-LANGKAH
MENGATASI PENCEMARAN
1.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN TANIH
Pendidikan
alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang dilaksanakan untuk mengatasi
masalah pencemaran tanih. Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif
diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,
dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti slam sekitar yang tinggi
dikekalkan.
Selain
itu, kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah
pencemaran alam sekitar. Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh
dilaksanakan adalah kitar semula dan sahabat alam. Dalam kempen ini , peserta
akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.
Pendedahan
media massa juga merupakan salah satu yang boleh di ambil untuk menangani isu
pencemaran tanih. Pada hari ini, media massa memainkan peranan yang penting
dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.
2.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN SUNGAI
Langkah pertama adalah dengan menambah bilangan tong
sampah di pusat pengumpulan sampah. Hasil tinjauan juga
mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat
sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap
bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan
tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik
sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.
Selain itu, pemasangan perangkap sampah.
Hal ini untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang,
adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di
sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan
penyelenggaraan.
Di samping itu, penyelenggaraan sistem perparitan
berkala. Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak
menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala
seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah
sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke
sistem saliran utama di sungai.
3.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN UDARA
Penanaman pokok seperti
pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah
peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat
dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.
Selain itu, penggunaan
petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap
kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di
waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan
selsema daripada berlarutan.
Udara yang tercemar akibat
pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh
diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar
semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula
ialah surat
khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh
diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
RUJUKAN
LAMPIRAN
Pencemaran
Udara – Muar telah diisytihar darurat 23 Jun 2013 selepas indeks (IPU) berada
pada tahap setinggi 750.
Pencemaran Sungai –
Surat akhbar Mingguan Malaysia 16 April 2006.
Pencemaran
Tanah - Tanah Runtuh, Kawasan berhampiaran robohnya
kondominium mewah Highlands Tower pada bulan yang sama kira-kira 15 tahun lalu
juga berlaku sekitar 1.5 km dari situ yang telah mengorbankan 48 orang termasuk
anak dan isteri Tan Sri Musa Hitam.
Pencemaran
Sungai – Sungai terkotor di dunia , Sungai Citarum, Indonesia.
PENUTUP
Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem
dan organisma secara bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini
dengan sebaik mungkin. Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita
terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang
diberikan. Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar, ini sudah cukup
menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya
membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih.
Selagi minda masyarakat
tidak berubah, selagi itu masalah seperti pencemaran tanih, pencemaran sungai ,
pencemaran udara dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran
masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan
kehidupan kita adalah amat penting.