Friday 15 August 2014

FOlio Bahasa Melayu - Alam Sekitar

Assignment Kolej Vokasional Semester 2 2014

Pelestarian Alam Sekitar



PENGENALAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan Negara. Namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.

Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.

Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi. Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat. Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.







 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR






1.       PENCEMARAN TANIH


Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Bagi industri air mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya ronga-ronga kosong dibawah tanah dan ini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain itu sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.

Pencemaran ini disebabkan oleh pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Selain itu, pembuangan sampah di merata temoat juga menyumbangkan ke arah pencemaran ini berlaku.  Di samping itu, pengguaan racun serangga secara berlebihan juga menjadi salah satu punca pencemaran tanah ini berlaku.

















2.        PENCEMARAN SUNGAI

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air.

Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.

Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.














3.        PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita.

Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal.Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industri kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan .

Selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran  hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.




















KESAN-KESAN PENCEMRAN ALAM SEKITAR






1.        KESAN PENCEMARAN TANIH

            Kesan pencemran tanih telah menyebabkan tanah yang dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Selain itu, tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.     


Kesan pembuangan sampah merata-rata telah mengakibatkan tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia.           


Pencemaran alam juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.












2.        KESAN PENCEMARAN SUNGAI

Antara kesan pencemran sungai ialah kepupusan hidupan akuatik di dalam sungai. Ini akan menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian makanan. Selain itu juga tanpa disedari hal ini akan membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau. Seterusnya, spesis terancam akan semakin pupus jika sungai tercemar sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan.


Selain itu, sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak dan memancing hilang fungsinya. Di samping itu juga, persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran dan diri. Seterusnya, sumber air bersih berkurangan.


Laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka. Hal ini kerana, penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan. Hal ini bakal menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat. Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih.























3.        KESAN PENCEMARAN UDARA


Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas.


Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara di mana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.


Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari.  Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia.


























LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN















1.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN TANIH

Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanih. Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti slam sekitar yang tinggi dikekalkan.

Selain itu, kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kitar semula dan sahabat alam. Dalam kempen ini , peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.

Pendedahan media massa juga merupakan salah satu yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanih. Pada hari ini, media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.












2.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN SUNGAI


Langkah pertama adalah dengan menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.


Selain itu, pemasangan perangkap sampah. Hal ini untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.


Di samping itu, penyelenggaraan sistem perparitan berkala. Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.





















3.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA


Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.


Selain itu, penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.


























RUJUKAN









































LAMPIRAN





Pencemaran Udara – Muar telah diisytihar darurat 23 Jun 2013 selepas indeks (IPU) berada pada tahap setinggi 750.




Pencemaran Sungai – Surat akhbar Mingguan Malaysia 16 April 2006.










Pencemaran Tanah - Tanah Runtuh, Kawasan berhampiaran robohnya kondominium mewah Highlands Tower pada bulan yang sama kira-kira 15 tahun lalu juga berlaku sekitar 1.5 km dari situ yang telah mengorbankan 48 orang termasuk anak dan isteri Tan Sri Musa Hitam.




Pencemaran Sungai – Sungai terkotor di dunia , Sungai Citarum, Indonesia.






PENUTUP

Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin. Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan. Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar, ini sudah cukup menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih.

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pencemaran tanih, pencemaran sungai , pencemaran udara dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. 

Saturday 9 August 2014

Hati Wanita Bagaikan Lautan Yang Luas :)

Kenapa Ana cakap macam tu , sebab wanita seorang yang sangat pandai menyimpan rahsia isi hati nya :) Penah dengar , seorang wanita yang ditinggalkan oleh kekasihnya dan dia teruskan kehidupan demi lelaki tersebut ? Yess, memang banyak .. Wanita mampu merahsiakan segalanya walaupun dia sedar yang diakan sering dilukai :') Wanita macam ni susah nak jumpa kan ? 

Namun, Ana percaya WANiTA ini Tabah kerana :

  • Tersenyum disaat Tertekan. Ketabahan seorang wanita mampu menutupi segala masalahnya singgah sukar untuk kita meneka keadaan nya :)
  • Tertawa disaat HAti menangis . bukan dia saja-saja di selindungkan tangisan dia , itu  harus kita faham. Kadang-kadang mereka tidak mahu menyusahkan orang sekeliling .

Pembakar Semangat !

Hmm.. bila tengok gambar universiti, tertanya-tanya bolehkah nak masuk haa ? Aihh, tapi tak mustahilkan Ana nak try ? Walaupun Ana sedar belum sampai masa lagi untuk fikir soal masuk Universiti ? Tapi tulah rahsia Ana untuk lagi berjaya ! Ana nak jadi macam tokwan Ana , walapun family diorang dulu hidup susah, nak belajar susah , apatah lagi nak sambung belajar lagi susah . But Ana ? Alhamdulilah , berkat usaha Tokwan segalanya berubah. Dia berjaya memberikan kelengkapan dan keselesaan untuk family nya. Iaitu Mama Ana. Berkat usaha tokwan , mama pun dapat belajar dengan baik dan bertemu dengan Ayah. So, disitunya permulaan hidup Ana yang sangat cukup malah lebih cukup berbanding family orang lain. 

My GrandPA and GrandMa Ana :)

Tokwan Ana seorang Tentera TLDM sejak dia tingkatan 3. Zaman dulu, takkira usia laa, sambil belajar dia juga dapat peluang sambung belajar at Australia ! Ana nak juga !

Tokwan selalu bising kat Ana, sebab dia selalu tengok Ana terlalu asyik berhibur , bersuka ria dengan CINTA? Hee , remaja biasa laa kan. Tapi lepaas keluar results PMR 1A6B1D sedih tengok . Tapi dia cakap , Ana tak bukan tak pandai, cuma malas usaha. Ana pegang kata-kata tuh , then Semester1 Ana di Kolej Vokasional 7A 3B . Macam tak percaya tapi tulah hakikatnya. Dia idola Ana dalam diam :) Dia taktahu yang cerita kisah silam dia tu buat Ana lebih bersungguh-sungguh.