Tuesday 30 December 2014

Bosan Cuti Kali ni ?

Assalammualaikom guys, macam mana cuti kai ni? Best tak? Untong la korang kan? Mesti happy dengan family and orang kesayangan masing-masing kan? Untong serius! Ana, hum menyampah nak cakap, bad news! Cuti tahun ni paking tak best langsung! Dan membosankan yup selalu jalan sana sini tapi bukan atas hasil usaha sendiri? Hum, bersyukur sangat tapi bukan tu Ana! Ana nk perhatian bukan malam-malam kena tinggal holiday time pun tak rasa apa-apa pun!

Paling menyedihkan dapat hangout Sesama pun awal2 dah bermasam muka. Ana tak suka laa, Ana tak rasa apa yang Ana nak. Tolong laaaa... cuti th bermakna jadikan lah ia penting! Susah laa nak cakap diaorang tak boleh faham soal diri kita kan? Yalaa mana ad orang boleh baca hati kita. Kita ni manusia haa.. 

Tak kisah laa.. Ana dah bosan thatway taksabar nak mula sekolah. So, ana kawan boleh isi masa Ana tak perlu nak rasa terabai walaupun yalaaa kawan mustahil tak sakitkan hati kita kan? 😔 

Takpalaa, cukup setakat ni laa kay. Dah lewat dah korang pun mesty mengantukkan? Jum padam lampu haa, byee ❌⭕💋 Love Ana 👋💋

Friday 5 December 2014

Kawan? Bersabarlah Wahai Hati

"Telah ramai kita berkawan tetapi sedikit sahaja yang membawa kita kepada ALLAH. Jauhkan dirimu dari berkawan dengan orang yang menjauhkan diriMu dari mengingati ALLAH. Kawan kita juga adalah cermin diri kita. Samaada sedar atau tidak, akhlak kita akan terikut dengan siapa kita berkawan." Suntikan dari seorang hamba allah yang kelihatan suci dimata Ana. Masyallah.. Murni sungguh ayat ini.

Assalammualaikom, Ana nak berkongsi sedikit antara rakan dan kesabaran. Mungkin Ana tak berapa handal dalam bab sebegini kerana Ana juga mempunyai serba kekurangan dalam diri Ana. Tetapi Alhamdulilah Ana dan jumpa jawapan di sebaliknya. Dan Ana nak berkongsi sedikit. Sebelum ni Ana kurang faham kenapa selalunya masalah yang timbul dalam kalangan remaja dikaitkan dengan rakan ? Atau rakan sebaya. Dan akhirnya Ana berjaya menjumpai jawapannya. Memang terbukti perkara itu benar sekiranya kita tidak menyedarinya. Apabila kita berkawan dengan salah orang berkemungkinan kita jugak akan sifat seperti itu. ertikata lain menjauhkan diri kita dari pada ALLAH. Oleh itu kita hendak lah berhati-hati dalam memilih rakan supaya dia bukan penghalang kita untuk mengingati Allah.

Bila cakap soal sabar dan rakan ? Biasa lah berkawan mana tak bertikam lidah. Maka bersabarlah. Mudah sahaja kita hati kamu disakiti. Pejamkan mata mu dan hayati ayat ini. 


mudah sahaja. Ana baru jumpa penyelesaian masalah Ana yang sering menggangu fikiran Ana. Ana juga manusia biasa. Maka bila menghadapi masalah. Bermunasabah lah berbanyak-banyak untuk menjuga ketenangan tersebut. Yaa, Ana tak menafikan dalam persahabatan ini Hati kita sering dilukai. Jangan risau. Sesungguhnya ALLAH mengetahui setiap perbuatan mu. Seandainya dia rakan karib mu pasti dia mengetahui kita hidup mu tanpa menyakiti hati mu. 


Ana juga mengaku. Bukan mudah pada mulanya. Untuk kita tenangkan Hati kita yang terluka disebabkan rakan karib kita yang sangat istimewa bagi kita. Insyaallaah.. Carilah atau berdoalah untuk ALLAH kurniakan rakan karib yang bisa membawa kita dekat padanya :) 


Okay cukup laa setakat ini sahaja Ana shared dengan korang nak cakap lebih-lebih pun Ana tak arif. Kesemua yang Ana shared hasil dari pengalam Ana sendiri. Ana memohon maaf sekiranya berlaku selisihan faham dalam teguran atau nasihat Ana ini. Semoga dapat kita shared dan Ana juga memperbaiki diri sendiri. Aminn. Assalammualaikom. :D XOXO LOVE ANA.




 Senyumlah wahai sahabat walaupun hatimu Masih terluka. Kerana Dia Yang Esa mengetahui segala-galanya. Amin. "Ya, Allah Kurniakanlah Aina Hannani Binti Hasri, Kecerdikan, Kepandaian dan ketenangan di Dunia dan Akhirat. Semoga Dia berada diataas landasan mu yang Allah. Aminn.." Terima kasih doakan kesejahteraan Ana :)