Tuesday, 30 December 2014

Bosan Cuti Kali ni ?

Assalammualaikom guys, macam mana cuti kai ni? Best tak? Untong la korang kan? Mesti happy dengan family and orang kesayangan masing-masing kan? Untong serius! Ana, hum menyampah nak cakap, bad news! Cuti tahun ni paking tak best langsung! Dan membosankan yup selalu jalan sana sini tapi bukan atas hasil usaha sendiri? Hum, bersyukur sangat tapi bukan tu Ana! Ana nk perhatian bukan malam-malam kena tinggal holiday time pun tak rasa apa-apa pun!

Paling menyedihkan dapat hangout Sesama pun awal2 dah bermasam muka. Ana tak suka laa, Ana tak rasa apa yang Ana nak. Tolong laaaa... cuti th bermakna jadikan lah ia penting! Susah laa nak cakap diaorang tak boleh faham soal diri kita kan? Yalaa mana ad orang boleh baca hati kita. Kita ni manusia haa.. 

Tak kisah laa.. Ana dah bosan thatway taksabar nak mula sekolah. So, ana kawan boleh isi masa Ana tak perlu nak rasa terabai walaupun yalaaa kawan mustahil tak sakitkan hati kita kan? 😔 

Takpalaa, cukup setakat ni laa kay. Dah lewat dah korang pun mesty mengantukkan? Jum padam lampu haa, byee ❌⭕💋 Love Ana 👋💋

Friday, 5 December 2014

Kawan? Bersabarlah Wahai Hati

"Telah ramai kita berkawan tetapi sedikit sahaja yang membawa kita kepada ALLAH. Jauhkan dirimu dari berkawan dengan orang yang menjauhkan diriMu dari mengingati ALLAH. Kawan kita juga adalah cermin diri kita. Samaada sedar atau tidak, akhlak kita akan terikut dengan siapa kita berkawan." Suntikan dari seorang hamba allah yang kelihatan suci dimata Ana. Masyallah.. Murni sungguh ayat ini.

Assalammualaikom, Ana nak berkongsi sedikit antara rakan dan kesabaran. Mungkin Ana tak berapa handal dalam bab sebegini kerana Ana juga mempunyai serba kekurangan dalam diri Ana. Tetapi Alhamdulilah Ana dan jumpa jawapan di sebaliknya. Dan Ana nak berkongsi sedikit. Sebelum ni Ana kurang faham kenapa selalunya masalah yang timbul dalam kalangan remaja dikaitkan dengan rakan ? Atau rakan sebaya. Dan akhirnya Ana berjaya menjumpai jawapannya. Memang terbukti perkara itu benar sekiranya kita tidak menyedarinya. Apabila kita berkawan dengan salah orang berkemungkinan kita jugak akan sifat seperti itu. ertikata lain menjauhkan diri kita dari pada ALLAH. Oleh itu kita hendak lah berhati-hati dalam memilih rakan supaya dia bukan penghalang kita untuk mengingati Allah.

Bila cakap soal sabar dan rakan ? Biasa lah berkawan mana tak bertikam lidah. Maka bersabarlah. Mudah sahaja kita hati kamu disakiti. Pejamkan mata mu dan hayati ayat ini. 


mudah sahaja. Ana baru jumpa penyelesaian masalah Ana yang sering menggangu fikiran Ana. Ana juga manusia biasa. Maka bila menghadapi masalah. Bermunasabah lah berbanyak-banyak untuk menjuga ketenangan tersebut. Yaa, Ana tak menafikan dalam persahabatan ini Hati kita sering dilukai. Jangan risau. Sesungguhnya ALLAH mengetahui setiap perbuatan mu. Seandainya dia rakan karib mu pasti dia mengetahui kita hidup mu tanpa menyakiti hati mu. 


Ana juga mengaku. Bukan mudah pada mulanya. Untuk kita tenangkan Hati kita yang terluka disebabkan rakan karib kita yang sangat istimewa bagi kita. Insyaallaah.. Carilah atau berdoalah untuk ALLAH kurniakan rakan karib yang bisa membawa kita dekat padanya :) 


Okay cukup laa setakat ini sahaja Ana shared dengan korang nak cakap lebih-lebih pun Ana tak arif. Kesemua yang Ana shared hasil dari pengalam Ana sendiri. Ana memohon maaf sekiranya berlaku selisihan faham dalam teguran atau nasihat Ana ini. Semoga dapat kita shared dan Ana juga memperbaiki diri sendiri. Aminn. Assalammualaikom. :D XOXO LOVE ANA.




 Senyumlah wahai sahabat walaupun hatimu Masih terluka. Kerana Dia Yang Esa mengetahui segala-galanya. Amin. "Ya, Allah Kurniakanlah Aina Hannani Binti Hasri, Kecerdikan, Kepandaian dan ketenangan di Dunia dan Akhirat. Semoga Dia berada diataas landasan mu yang Allah. Aminn.." Terima kasih doakan kesejahteraan Ana :)



Saturday, 22 November 2014

Lidah Penentu Ke Syurga atau Ke Neraka



Lidah. Kadang-kadang kita tak sedar dengan apa yang keluar dari mulut kita telah menyakitkan hati seseorang. Oleh sebab itulah lidah itu perlu di jaga dengan baik. Maksud di jaga dengan baik itu bukan sekadar dengan menjaga dari mencarut mahupun mengata orang. Menyindir sesorang dalam diam juga perlu di jaga. Erti kata lain, dosa mengumpat orang lebih besar dari membunuh kerana, membunuh kita memohon keampunan dari Allah. Jika mengumpat kita harus memohon keampunan daripada mereka yang kita kata. Jika tidak dosanya tidak terampun. Malah akan memberi peluang ke emasan untuk orang tersebut menuntut di akhir kelak nanti.

Seperti yang kita ketahui, sekarang pelbagai media sosial yang sering semakin moden maka lebih banyak dosa lah yang kita lakukan tanpa kita sedari. Oleh sebab itu lah Lidah penentu ke syurga atau ke neraka. Hope apa yang Ana diterangkan korang dapat berkongsi dan mendalami perkara yang Ana ingin sampaikan. XOXO Love Ana.


Saturday, 18 October 2014

PerKhemahan Perdana Unit Beruniform Kolej Vokasional Nibong Tebal 2014 (Ep3) Last Story

Morning For My last day at Dusun Minda Resort. Oke today hari terakhir. So memang sangat sedih. Aina taktahu nak cakap macam mana. Tapi yang jadi lebih bersemangat bila aktiviti kami PakLong nak bawa naik Jungle Traking! Wallahh, Memang tak sabar even tak cukup tidur. Maklum la, Tuan Amran main bom apa tah katanya nak halau B*B* haa, sebab malam first kita orang hari tu dia ada datang melawat khemah member Ana :) Hahah, awat la dia tak sondoi jerr, kan senang. Oke jahat di situ 3:D


Oke, see tengok muka Sha tak cukup tidur tu pun ada hati nak bergambar. Oke taniah Sha, gambo awak ada dalam blogger saya Hehehe. Mula-mula memang semangat naik walaupun tinggi nak hampir 90 darjah dah paras kaki kita orang waktu tu. Tapi apa yang penting. Ana, Syaimaa, Sha lah paling cepat daki dari member lain sebab semangat ! Sampai lelaki nak lari kedepan dari kami pun  tak mampu hehe. 


See... depan kita orang je lelaki dok daki. Paklong tak penat hambat diorang suruh cepat daki sebab kita orang dekat belakang dok ligan Hahahaha. Paklong, sia-sia ja suruh diorang tu cepat sebab diorang tu dah pancit ! Kita orang kuat lagi derr..


See, wajah semangat tu. Hehehe macam biasa, baju hijau tu Sha, then Syaimaa, Ana and belakang Ana tula Paklong ! Heheh. ketua trip kita orang him the best bro. Ehh kakak tuhh, sorry tak sempat masuk dalam gambar kita orang laa. Member ambil macam kilat. cepat gila sampai kakak tu tak masuk hehehe..


Daki lagi yooo, tinggi lagi. Hee tu baju pink, my everthing. Okey memang gambar ni nampak macam zoom sebab memang zoom pun, curi-curi snap gambar si dia haa. Oke Ana tahu mesti nak tanya kan kenapa dia asyik baju pink ja? Tak der baju lain ka? kan kan. Oke mehh nak jawab hakikat dia. Memang tak der ! HAHAHA.. Busuk kan? Heee


Oke ini kak T-rex! Hahaha seram nama. Nama sebenarnya Athirah. Penghuluwati Kita orang. dia sporting and susah nak snap picture muka dia! Sakit hati sebijik macam adik Ana. Izzat! Takut sangat dengan camera. tah ada ap haa..


My senior! Ni pun paling rapat :) Nice memoris dengan diorang :) Hehehe. Oke jumpa batang pokok jadi monopod. Oke rindu monopod la cita dia kau. Heheh. tu monopod asli dari hutan hehe.. Oke.


Haa,, ni part sedih. dah nampak Banner ni apa lagi. Nak balik dah la. semua muka COOM ! Takmau balik. Ni lepas turun dari mendaki. bersiap kemas barang then berkumpul di situ untuk sesi penyampaian hadiah :) 


Oke yang sedang berkata-kata tula Encik Amran :) Pengerusi Majlis dan merangkap pemain bom malam kedua yang membuatkan ramai pelajar yang masih mengantok! Haihh sabar jerlaa. Apa pun thanks Tuan Amran. Atas main boom dia tu. Kerbau pendek pink tu tak datang dah at Khemah kami malam kedua tu :)


Oke! That ! Our ! Kem KOMANDER! Seram ja bunyi. Memang menyeramkan tapi the best ! okey. semua berjalan dengan baik. Atas nasihat-nasihat yang banyak dia berikan. Perkhemahan kami di situ takkan memberi kenangan yang terbaik kalau tak dia yang mengatur kan dengan bijak ! TQ TUAN! 


See, semua muka sedih jer. mana tak nyerr nak balek dah. Terutama tu Syaimaa. muka tak boleh segak lagi ke Maa ? Baju putih tu Fisha and yang cekuk pinggang tu Eun. Sabar kawan-kawan next time ada peluang lagi kita pegi lagi oke :)


That my Everthing. Bersedih juga ke ? Ahaha letih sebenarnya oke. Takpala. Semua tu akan jadi kenangan terindah Ana dan dia disini. Walaupun balik penat sakit dan rasa macam nak hempuk kepada at dinding sebab balik ke Kolej lupa habis apa yang Pensyarah ajar! Ahaha. Oke. asyik tunjuk muka diaorang ja bila Ana pula, macam mana perasaan Ana kan?


Ana ! Macam biasa la. Stay boleh senyum even dah menangis sebab tengok Flying Fox perlu ditinggalkan. Alah dalam setiap senyuman pasti ada makna tersendiri kan? Sapa yang tahu betul tak ?


Oke. Tu Os tak berapa nampak. tapi dia juara pemberi arahan Kawad Lelaki terbaik! Perempuan nak tahu sapa? Syaimaa! Takguna kan! Ana tahu dia nak menang Ana suruh dia tidur luar khemah malam kedua tu :) Ahaha. Taniah kawan. Sorry gambo Syaimaa tak dapat di kesan ? Sebab terkejut dia menang so Ana terlepas pandang untuk snap. SORRY KAWAN :D



Oke, nilah! Kumpulan Ana Kumpulan 3 ! The best Hee. Keluarga angkat Ana di kem sana. Even ada sesetengah Ana tak bercakap dengan diorang its oke. Kami tetap family. Ok nak kenal kan sorang-sorang ajak rumit, Takpala apa pun diorang semua satu kolej dengan Ana :) Campur kami junior or senior. Always together Babe :)


Oke. Ini semua kenangan pemandangan yang ada di Dusun Minda Resort. Tapak PLKN Oke. Ontheway balik sepat Ana snap sikit yang ada disitu. Berat nak tinggal Flying Fox sebab itu yang Ana teringin nak buat sangat tapi dapat sekali je. Takpala ada peluang Ana nak try ajak family datang sini boleh tak ? Ngeee.,



Oke tu salah satu juga dari jenis flying fox. tapi kitaorang tak dapat cuba :) Oke lah nak penghujung story dah ni. Apa pun thanks at Korang sudi baca blog Ana yang banyak kekurangan ni. Ana just shared pengalaman Ana yang cetek ni untuk korang.


So,, Thanks sebab mengikuti ketiga-tiga Siri cerita Ana :) Salam Sayang Ana Minion. Byee XOXOXO

Friday, 17 October 2014

PerKhemahan Perdana Unit Beruniform Kolej Vokasional Nibong Tebal 2014 (Ep2)

Hari Kedua Kita orang At Jungleee....


Morning Yooo, Wallah, pagi-pagi un muka macam ap tah lagi. Ahaha. Okey now we are going for breakfast after solat subuh berjemaah at surau terbuka dalam HUTAN.. Hee, sorry Ana tak snap pula picture surau tu nak tunjuk. 


Oke, after sarapan. Ini la keja nya. Senaman pagi untuk get ready aktiviti pertama at sana. Merempuh Halangan Yaww. Oke, Ana terbanyang macam halangan ade okey. So agak menakutkan. 


Ontheway ke merempuh halangan. Ini senior Ana yang sporting kat sana. Yang berpelukkan tu yang buat peace tu, my team. Kak Wani. Ana sakit ke jatuh ke. Dia ambil tahu sangat. Oke yang best nya, dalam halangan tu Ana tak lepas 2 benda monkey trick dengan Tarzan apa tah. Okey semua salah Ana group kita orang lambat! Tapi kami dapat juara merempuh halangan berkat keoantasan lelaki dengan 5minit dapat siapkan semua halangan. Kesemua ada 12 halangan. Ladies juast buat 11 je. Sebab yang satu lagi tu tak sesuai dengam kita orang la. Oke Ana tak de langsung picture merempuh halangan tu. Sorry just dapat story. Boleh kan? Hee.


Okey tu tu, yang baju pink tu, my everthing. Even dalam hutan pun dia stay takecare of me :) Jangan jeles awok. Hee. Get ready nak Flying Fox ! Yeahhh my fovurite aktiviti oke. Oke pertama kali Ana nak fly-fly ni so excited la. Sebelum ni just tengok dalam movie je. Sakit hati tak dapat buat. And today i will get it! Ahahaha. My everthings muka dah macam tak sabar tu ha. See, Ana curi-curi snap picture dia pun dia stay perasan. Ahaha. Sayang, sayang. 


Okey that my everthing dah fly dah Ahaahaha. Comel tengok dia. tersenyum je. Nie juga satu pengalaman baru bagi kami berdua. Ana tengok dia Happy sangat tau. Tapi sayang dia tak lepas tangan dia dua-dua belah tidak lagi best taw. Ahahaha. Ana ? hmm nak lepas la! Peluang datang sekai yooo.


Ladies turn. Hee, See di situ terserlah Ana lebih tinggi dari diorang ahaha. now bukan nak story about tinggi. Now about Flying FOx. Oke Ana tak sabar gila nih. Gemuruh semua ada dah ni. nak naik nak naik. Oke Ana buat pengakuan la. Ana takut tinggi sikit. okey sikit ja. Tpi Ana sendiri tak tahu kenapa Ana minat benda alah ni. Ahaha. dah now jumm FLYINGGG...


Yuuuuhhhuuuuuuuu, I can fly ahaha. Okey pic dari belakang mana tak nyer. Ana berpusing merata sebab lepas tangan la. Ana menjerit sekuat hati. Keluar habis stress yang Ada :) Ana Ana menjerit 9A+ Ahaha. Ana nak capai target for my semester 2. Semester 1 7A+ jer oke latuh kan? Bukam senang nak jadi senang bukan susah nak jadi senang. My everthings punya ayat :) 


Oke sebelah petang masuk kelas Bantu Mula. Ana nak flying lagi tapi Komender dah habat p :( melepas. Ada senior Ana dapat naik lagi because her bufday, Huhuhu. Okey tu my everthings sedang memberi abntuan kecemasan at kawan dia ahaha. Aswat nama nya. Ketua Kawad Lelaki kami. Sama team dengan Ana. Okey Balut sayang selagi boleh balut. :) Ahahaha


Next my everthings sakit tangan pulak aduh. Aswat bagi bantuan pulak :) hehe dengan apa yang dia ajar. Ana dapat tahu macam-macam cara balutan ketika kecemasan dalam hutan. Oke nanti Ana boleh balut Syaimaa lepas tu lempar keluar khemah ! Yes ! betul tu.


Oke ini hasil kak wani bagi bantuan for Ana. Hahaha, Acam comel jerr. Ken ? Bajet kejap alah bukan selalu der. :) See korang perhatikan betul-betul. sepetang tu ni kerja kerja kami satu team dengan team lain. Dari balutan kepala,,,



Ke balutan tangan,,,,,


Oke. Ini jadi nya. dari kepala, Tangan, tapak tangan, and lutut. Kalau kaki boleh dibalut tu. Entah la jadi macam mana rupa Ana. Kak Wani punya kerja. Huhu, jangan tegur apa-apa muka Ana memang berminyak tahap minyak zaitun.. berpeluh busuk semua ada laa. Okey, jum kita solat mahgrib pula. Then kita orang ada dinner for malam last kita orang at situ. Maklum la tiga hari dua malam je.



Oke, malam yang sangat istimewa for us. Kami sedih sangat sebab tomorro last aktiviti kami then siap untuk balik ke Parit Buntar ! Ahhhh, Komanderr Kami tak mau balik ! Nak tidur lagi at sini. Huhu... Oke shutt, malam tu kami ada kambing panggang kau. Tapi Ana tak makan. kawan-kawan Ana makan la.. Nasi goreng Ayam panggang, daging panggang, sosej bakar kentang and salad. Perhh makan sampai tak ingat dunia la. even Makan only atas kerusi, never mind ini hutan kan! Apa pun boleh untuk terus hidup :) Hee...

After makan kami berkumpul sampai 11.30 lebih untuk luang masa bersama malam terakhir kita orang. Tuan Amran handel kami malam tu dengan gelak ketawa sehinggakan Syaimaa jatuh terduduk kebawah. Ana? Sakit habis urat perut tau. 


Cuba korang tengok video ni. Akibat tak dengar arahan game. kena dengan kem komander suruh buat apa ? Heee. Comel comel kau....


Okey laa. cukup story Ana for second Day at Dusun Minda Resort. Tomorro sambung hari last kita orang oke :) Syaimaa pun dah mengantuk tu :) Jum Dahh jangan lupa share pengalaman Ana dekat member korang kay :) Dah. Tutup lampu Shutdown Laptop or Pc after finish oke. Baca doa tidur tau :) Salam Sayang Ana :) XOXOXXO





PerKhemahan Perdana Unit Beruniform Kolej Vokasional Nibong Tebal 2014 (Ep1)

Yeahhh! 10.10.2014 - 12.10.2014 my best Memories in my life. Memory yang sangat istimewa bagi Ana. Walaupun balik dari kem letih penat lenguh badan semua tu jadi baik tiba-tiba bila teringat-ingat kenangan di sana ! Berkhemah dalam hutan kau! okey tu pertama kali Ana so agak macam perak sikit kay . . . Whatever, Apa yang Ana tahu segalanya indah sangat. Aktiviti yang kem komander aturkan semua best-best. Dari subuh sehingga lah 12 malam padat gila! 



Macam korang tengok, first day muka cerah berseri. Serius happy gila tak sabar nak sampai sana kot! Kita orang berhenti at R&R Gurun. Makan-makan dulu. Ana macam biasa Mountian Dew tak de benda lain dah :) My classmate yang Bomba tu Syaima :) Yang lain semua course Kesetiusahan Pentadbiran. Ana Perniagaan Bisnes laa :) 


Sesampai je kita orang at sana. semua dah macam orang gila. excited terlebih. tambah pula kena tunggu budak lelaki pegi solat jumaat dulu. Hee.. Ni boleh kata waras lagi la. tak perr, banyak lagi gambo yang gila. Hee Syaimaa boleh buat gila lambai tangan dekat budak PLKN keluar nak pegi solat jumaat. Maklum la kita orang punya tempat tu sekali dengan PLKN okey :) 

Sesudah budak lelaki balik solat je. Dah macam orang gila tak sabar nak cabut kaki nak patah pinggang semuanya lah. Hutan kan Ahahaha. Jalan-jalan tuju ke hutan la apa lagi tak sabar nak tido dengan nyamuk-nyamuk ni. Heee, Galas beg macam orang daki bukit kau. maklum la banyak sangat barang yang bawa ha. Please la faham Hehe.

 

Masuk hutan ja ni la kejaanya. Hee. Dirikan Khemah yooo. Tu Alia busy dengan Ampaian dia Haa. tapi yang tu buka ours khemah oke. khemah kita orang at belakang Ana bergaduh dengan Syaimaa nak dirikan last bengkok sana-sini :) Yang lagi terbaik Line Digi ada kau. Okey no problem la nak Halo-halo kesayangan. Hye Apa korang ingat dok dalam hutan tak ingat kesayangan ke? Even dia ikut rindu kay :)


Sesudah bergadoh Yess ! Tu la hasil nya. Kacau pandangan la towel belakang tu oke abaikan jer. Satu khemah harus 4 ornag tapi kita orang special in kes 3 ja. so tak sempit Hahaha. And I'm the leader ! So syaimaa kau buat hal tido luar khemah :) Hee.





After that :) Berkumpul untuk get ready nak kawad sampai ke malam. Sebelum tu selfis dulu. Even selalu gadoh dengan syaima tu. But He the best. Ana tetap dengan dia. Berselfish pun dia harus ada oke :) Hee. Jum makan malam then Dari atas turun ke bawah ! HAhaha KAWAD Laa.. Damn !


Okey malam pertama berdating bersama nyamok dalam khemah. Get ready nak bubum laa. Tapi yang sedih Kem komander kami tutup line kau ! Tak boleh nak contact Kesayangan. Huu, Hope dia menjadi pengawal sejati baik-baik okey sayang Ahaha. Dia dapat tugas berjaga malam, awasi khemah dalam hutan aloh. Sejam jer sayang. Okey. Tutup lampu. Night. :) Tomorro sambung lagi Story okey :) 
































Monday, 6 October 2014

Alhamdulilah 3.74 !


Alhamdulilah, Keputusan semester 2 Kolej Vokasional Nibong Tebal dan keluar. Dan Ana adalah salah seorang daripada pelajar terbaik ! Yess, bangga juga. Tak sangka Ana boleh buat. Tapi bagi Ana ini baru permulaan Ana yang sebenar, sebab banyak lagi semester yang menanti Ana before Ana dapat segulung Diploma ! 3.74 ? Oke ramai cakap masa depan Ana akan cerah dengan keputusan macam tu.

Tapi Ana taknak yakin sangat because semester 2 in coming !! Okey Ana stress takut tak boleh buat. Guy tolong doakan Ana okey ?



Oke tu pensyarah penasihat Ana :) Cikgu Ridhwan :3 Menyampah bila tengok muka dia. Hahaha apa pun dia the best susah nak marah, butt bila marah WoW semua diam... Krikk krikkk.. Boleh jadi Huck deee.. hohoho. Ana cukup kenal masa dia baru lepas marah or nak mula marah :) Wallaaa.. Dia cakap jangan down keputusan, malu nanti ! Insyaallahh, Heee, lagi 2 minggu semester 2 Ana risau kalau tak boleh jawab. Sekarang persediaan Ana ada dalam 60% lagi 40% ??? Oke, stay sedang main lagi melantak maggi lagii. nafsuu ! susah nak kawal.. Hee, oke laaa just Sampai sini Ana kongsi XOXO

Friday, 15 August 2014

FOlio Bahasa Melayu - Alam Sekitar

Assignment Kolej Vokasional Semester 2 2014

Pelestarian Alam Sekitar



PENGENALAN

Pencemaran alam sekitar boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mengotorkan alam sehingga boleh menjejaskan ekosistem di muka bumi ini. Dewasa ini, era permodenan menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai projek sosio ekonomi dijalankan begitu pesat untuk meningkatkan taraf pembangunan Negara. Namun kita alpa tentang kesan terhadap alam sekitar yang boleh membahayakan diri manusia.

Pencemaran alam sekitar telah menjadi satu kemelut yang tidak dapat dielakkan oleh negara kita sehingga mencalarkan nama negara. Negara kita sebenarnya terhimpit telah terhimpit antara meningkatkan pembangunan negara setaraf negara maju dengan kebajikan terhadap alam sekitar yang perlu di pelihara untuk masyarakat. Bak kata pepatah”di telan mati emak di luah mati bapa”.

Antara punca-punca yang boleh kita huraikan sebagai penyebab berlakunya pencemaran alam sekitar ialah pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi. Pencemaran ini terjadi tanpa diduga oleh masyarakat. Ini kerana pencemaran ini berpunca daripada kejadian seperti gunung berapi,ribut taufan,gempa bumi dan sebagainya. Pencemaran ini boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap masyarakat setempat.







 PUNCA-PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR






1.       PENCEMARAN TANIH


Pencemaran tanih bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal. Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Bagi industri air mineral, air bawah tanah akan digali oleh kilang ini lalu mengakibatkan adanya ronga-ronga kosong dibawah tanah dan ini mendorong kepada kejadian subsidence. Selain itu sampah yang di hasilkan oleh sisa perindustrian terutamanya carbon dioksida, nitrogen dioksida dan sulfur boleh menyebabkan berlakunya pencemaran tanih seperti ketidaksuburan tanih akibat peningkatan kekonduksian tanih yang mana tanih ini tidak sesuai untuk tumbuhan hidup.

Pencemaran ini disebabkan oleh pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang. Selain itu, pembuangan sampah di merata temoat juga menyumbangkan ke arah pencemaran ini berlaku.  Di samping itu, pengguaan racun serangga secara berlebihan juga menjadi salah satu punca pencemaran tanah ini berlaku.

















2.        PENCEMARAN SUNGAI

Punca utama pencemaran air ialah bahan buangan domestik. Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan dibuang sewenangwenangnya ke dalam sungai. Bahan kumbahan disalirkan ke dalam parit dan sungai sebagai cara termudah menanganinya. Sampah organik mereput dan diuraikan oleh bakteria dengan oksigen yang terlarut di dalam air.

Ini mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air yang menggugat kehidupan akuatik.Kilang-kilang juga dianggap sebagai punca pencemaran air yang utama. Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai-sungai berkenaan.

Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksikyang mencemarkan air sungai. Kebanyakan kilang membuang sisa cecair dan pepejal ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar. Irni biasanya dikaitkan dengan bahan agrokimia.














3.        PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita.

Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal.Punca-punca kepada pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industri kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan .

Selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran  hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.




















KESAN-KESAN PENCEMRAN ALAM SEKITAR






1.        KESAN PENCEMARAN TANIH

            Kesan pencemran tanih telah menyebabkan tanah yang dicemari tidak sesuai lagi untuk dijalankan pertanian kerana bahan kimia akan membunuh tumbuhan yang ditanam. Pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Selain itu, tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.     


Kesan pembuangan sampah merata-rata telah mengakibatkan tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang mendalam terhadap kesihatan manusia.           


Pencemaran alam juga turut memberi kesan ke atas aktiviti harian manusia. Jika hampir kesemua tempat telah dicemari, manusia sudah tidak berpeluang lagi untuk melihat keindahan alam ini.












2.        KESAN PENCEMARAN SUNGAI

Antara kesan pencemran sungai ialah kepupusan hidupan akuatik di dalam sungai. Ini akan menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu karang juga ekologi dan rantaian makanan. Selain itu juga tanpa disedari hal ini akan membunuh tumbuhan air seperti rumpai dan pokok bakau. Seterusnya, spesis terancam akan semakin pupus jika sungai tercemar sebagai contoh, pembuangan plastik di perairan Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang disangkakan makanan.


Selain itu, sungai dan tasik yang digunakan sebagai tempat berekreasi seperti berenang, berkayak dan memancing hilang fungsinya. Di samping itu juga, persekitaran yang telah tercemar tidak lagi sesuai sebagai tempat menenangkan fikiran dan diri. Seterusnya, sumber air bersih berkurangan.


Laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih bagi menampung keperluan harian mereka. Hal ini kerana, penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan buangan. Hal ini bakal menyebabkan penyakit seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan meningkat. Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk meninggal akibat air yang tidak bersih.























3.        KESAN PENCEMARAN UDARA


Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas.


Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara di mana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.


Kesan pencemaran udara boleh menyebabkan penipisan Lapisan Ozon. Pembebasan gas klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman udara dan peti sejuk merupakan faktor utama penipisan lapisan ozon. Seperti sedia maklum, lapisan ozon berfungsi untuk melindungi manusia daripada sinaran terus pancaran matahari.  Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser kulit kepada manusia.


























LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN















1.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN TANIH

Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanih. Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti slam sekitar yang tinggi dikekalkan.

Selain itu, kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kitar semula dan sahabat alam. Dalam kempen ini , peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.

Pendedahan media massa juga merupakan salah satu yang boleh di ambil untuk menangani isu pencemaran tanih. Pada hari ini, media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna.












2.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN SUNGAI


Langkah pertama adalah dengan menambah bilangan tong sampah di pusat pengumpulan sampah. Hasil tinjauan juga mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.


Selain itu, pemasangan perangkap sampah. Hal ini untuk mengatasi sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, adalah perlu supaya perangkap sampah dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan.


Di samping itu, penyelenggaraan sistem perparitan berkala. Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.





















3.LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA


Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.


Selain itu, penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.


Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.


























RUJUKAN









































LAMPIRAN





Pencemaran Udara – Muar telah diisytihar darurat 23 Jun 2013 selepas indeks (IPU) berada pada tahap setinggi 750.




Pencemaran Sungai – Surat akhbar Mingguan Malaysia 16 April 2006.










Pencemaran Tanah - Tanah Runtuh, Kawasan berhampiaran robohnya kondominium mewah Highlands Tower pada bulan yang sama kira-kira 15 tahun lalu juga berlaku sekitar 1.5 km dari situ yang telah mengorbankan 48 orang termasuk anak dan isteri Tan Sri Musa Hitam.




Pencemaran Sungai – Sungai terkotor di dunia , Sungai Citarum, Indonesia.






PENUTUP

Bumi adalah satu-satunya yang boleh menghidupkan ekosistem dan organisma secara bebas.Kita seharusnya menjaga alam kurniaan tuhan ini dengan sebaik mungkin. Sepatutnya kita melahirkan sifat keprihatinan kita terhadap alam sekitar dengan mencintainya dan rasa hormat atas sumbangan yang diberikan. Menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar, ini sudah cukup menandakan kita bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepada kita seterusnya membolehkan kita semua untuk menghirup udara dan bekalan air yang bersih.

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pencemaran tanih, pencemaran sungai , pencemaran udara dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting.