Friday, 5 December 2014

Kawan? Bersabarlah Wahai Hati

"Telah ramai kita berkawan tetapi sedikit sahaja yang membawa kita kepada ALLAH. Jauhkan dirimu dari berkawan dengan orang yang menjauhkan diriMu dari mengingati ALLAH. Kawan kita juga adalah cermin diri kita. Samaada sedar atau tidak, akhlak kita akan terikut dengan siapa kita berkawan." Suntikan dari seorang hamba allah yang kelihatan suci dimata Ana. Masyallah.. Murni sungguh ayat ini.

Assalammualaikom, Ana nak berkongsi sedikit antara rakan dan kesabaran. Mungkin Ana tak berapa handal dalam bab sebegini kerana Ana juga mempunyai serba kekurangan dalam diri Ana. Tetapi Alhamdulilah Ana dan jumpa jawapan di sebaliknya. Dan Ana nak berkongsi sedikit. Sebelum ni Ana kurang faham kenapa selalunya masalah yang timbul dalam kalangan remaja dikaitkan dengan rakan ? Atau rakan sebaya. Dan akhirnya Ana berjaya menjumpai jawapannya. Memang terbukti perkara itu benar sekiranya kita tidak menyedarinya. Apabila kita berkawan dengan salah orang berkemungkinan kita jugak akan sifat seperti itu. ertikata lain menjauhkan diri kita dari pada ALLAH. Oleh itu kita hendak lah berhati-hati dalam memilih rakan supaya dia bukan penghalang kita untuk mengingati Allah.

Bila cakap soal sabar dan rakan ? Biasa lah berkawan mana tak bertikam lidah. Maka bersabarlah. Mudah sahaja kita hati kamu disakiti. Pejamkan mata mu dan hayati ayat ini. 


mudah sahaja. Ana baru jumpa penyelesaian masalah Ana yang sering menggangu fikiran Ana. Ana juga manusia biasa. Maka bila menghadapi masalah. Bermunasabah lah berbanyak-banyak untuk menjuga ketenangan tersebut. Yaa, Ana tak menafikan dalam persahabatan ini Hati kita sering dilukai. Jangan risau. Sesungguhnya ALLAH mengetahui setiap perbuatan mu. Seandainya dia rakan karib mu pasti dia mengetahui kita hidup mu tanpa menyakiti hati mu. 


Ana juga mengaku. Bukan mudah pada mulanya. Untuk kita tenangkan Hati kita yang terluka disebabkan rakan karib kita yang sangat istimewa bagi kita. Insyaallaah.. Carilah atau berdoalah untuk ALLAH kurniakan rakan karib yang bisa membawa kita dekat padanya :) 


Okay cukup laa setakat ini sahaja Ana shared dengan korang nak cakap lebih-lebih pun Ana tak arif. Kesemua yang Ana shared hasil dari pengalam Ana sendiri. Ana memohon maaf sekiranya berlaku selisihan faham dalam teguran atau nasihat Ana ini. Semoga dapat kita shared dan Ana juga memperbaiki diri sendiri. Aminn. Assalammualaikom. :D XOXO LOVE ANA.




 Senyumlah wahai sahabat walaupun hatimu Masih terluka. Kerana Dia Yang Esa mengetahui segala-galanya. Amin. "Ya, Allah Kurniakanlah Aina Hannani Binti Hasri, Kecerdikan, Kepandaian dan ketenangan di Dunia dan Akhirat. Semoga Dia berada diataas landasan mu yang Allah. Aminn.." Terima kasih doakan kesejahteraan Ana :)



No comments:

Post a Comment